Berapa orang yang diperlukan untuk tarian singa.
1) Dua orang penari – penari akan memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.
**Untuk perayaan yang besar, tarian singa biasanya memerlukan lebih daripada dua orang untuk memeriahkan suasana.
Tarian singa utara
- Semasa persembahan, biasanya terdapat dua singa, satu betina dan satu jantan. Kadang-kala anak singa juga dimasukkan dalam persembahan.
- Lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian singa selatan
- Pergerakan penari seperti kestabilan amat penting agar dapat menunjukkan gaya singa yang kuat.
- Barang-barang seperti sayur, limau akan digunakan dalam persembahan. Penari akan menggunakan teknik-teknik yang dikuasai oleh mereka untuk menggerakkan kepala singa untuk makan sayur yang disediakan.
- Persembahan tarian singa ‘makan sayur’ merupakan antara persembahan yang paling biasa dijumpai.
No comments:
Post a Comment