Wednesday 24 April 2013

Tentang Pertandingan


Keseluruhan Pertandingan
Pertandingan tarian singa dibahagikan kepada  
a.       Mono-head singa
b.      Poly-head singa

Pada masa dan tempat yang ditetapkan, peniruan pergerakan singa dari segi 
kekuatan, keindahan, gembira, marah, sedih, kebahagiaan, keberanian, 
kebijaksanaan, kelembutan dan lain-lain lagi yang dijadikan tema.

Penilaian markah dari segi 
a.       Menari dalam kedudukan yang betul
b.      Kestabilan
c.       Fleksibel
d.      Kejelasan
e.       Keasasan muzik

Tempat Pertandingan
a.       Tanah rata
b.      Indoor @ Outdoor
c.       Keluasan sekurang-kurangnya 30 meter persegi kawasan
d.      Ketinggian sekurang-kurang 10 meter dari tanah rata

      Tiada halangan pada tempat pertandingan








Syarat Pertandingan Tarian Singa

a.       Bilangan

Ø  Bagi mono-head singa

·         Dua orang penari( kepala 1 orang + ekor 1 orang)

·         Satu orang pemain gendang

·         Satu atau dua orang pemain simbal

·         Tidak boleh tukar orang semasa pertandingan

·         Boleh bertukar alatan jikalau berlaku kerosakan alatan

Ø  Bagi poly-head singa

·         Bebas



b.      Umur

*      Umur setiap peserta hendaklah tidak kurang daripada 10 tahun.

c.       Jantina
*      Tidak terhad. Boleh bercampur antara lelaki dan perempuan

d.       Pakaian dan Peralatan
*      Pakaian mengutamakan prinsip penampilan yang cantik.Lagu tidak boleh digunakan jenis alt-alat muzik yang lain melainkan untuk diperuntukkan yang lain.  Mercun dan bunga api tidak boleh digunakan.


Kandungan Pertandingan Tentang Tindakan


a.       Bagi mono-head singa


Ø  Menghormati
Ø  Melompat
Ø  Mengguling
Ø  Melalui jambatan
Ø  Tidur
Ø  Makan sayur dan lain-lain

b.      Multi-head Singa
Bebas (Banyak bergantung pada diri mereka)


Penilaian: 

*      Kemahiran 60markah

ü  Ketangkasan  15markah
ü   Kestabilan    15markah

ü   Keselaran     15markah
ü Kesuasanaan 15markah

*      Kesepadanan  lagu( singa + gendang ) 10 markah.

*      Pakaian dan semangat 10markah
Kreatif 20markah

Keseluruhan 100markah

Masa Pertandingan

Setiap pasukan diberi masa selama 6-8 minitsatu kaki bendera merah perlu 
digerakkan semasa minit keenamdua kaki bendera merah perlu digerakkan pada minit
 ke-7 dan  50 saat. Markah tidak akan diberi sekiranya melebihi masa yang
ditetapkan.

Penolakan markah
*      Persembahan  tidak mencukupi masa(tidak sampai 6 minit), tolak 5   
         markah.
*      Selepas pengulangan pergerakan sebanyak 3 kali akan ditolak 2 
         markah bagi setiap pergerakan seterusnya.
*      Ternampak tubuh badan penari semasa persembahan, tolak 2 markah.
*      Menggunakan alatan yang tidak dibenarkan dalam persembahan , tolak 
         5 markah.
*      Setiap pergerakan yang ditetapkan tercicir, tolak 5 markah.
*      Persembahan yang melepasi batasan , tolak 1 markah.

Pandangan Ahli Tentang Fakta-fakta yang Diberi.


Pada pendapat saya,Tarian Singa adalah satu keunikan yang mampu membawa kebudayaan masyarakat Cina. Tarian Singa ini harus diteruskan dan dikekalkan supaya generasi yang akan datang dapat menikmati dan mewarisi budaya tradisional Cina. (Wong Mei Wei)

Pada pendapat saya, Tarian Singa merupakan tarian yang menarik, ia bukan sahaja boleh dipelajari oleh sesiapa yang berumur 10 ke atas tidak kira lelaki atau perempuan , pada masa dan tempat yang berbeza, mereka kena meniruan pergerakan singa dari segi kekuatan, ekspresi kepala dan badan mereka semasa gembira, marah, sedih, kebahagiaan, dan lain-lain. Oleh itu, keunikan Tarian Singa harus dikekalkan dan diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang akan datang.(Ang Huey Jye)

Pada pendapat saya, seni tarian singa ini juga merupakan senaman yang baik bagi fizikal, rohani dan jasmani. (Law Siew Xue)

Pada pendapat saya, adalah betapa pentingnya untuk mengekalkan tarian singa secara berterusan. Sejarah tarian singa telah bermula lebih 1,000 tahun lalu dan suasana Tahun Baru Cina selalunya menjadi meriah apabila tarian singa akan mengunjungi setiap rumah orang Cina untuk membuang semangat jahat dan memberi tuah kepada rumah tersebut. (Tan Kim Yong)

Pada pendapat saya, tarian singa adalah sesuatu tarian tradisional yang amat penting kepada masyarakat Cina. Pada zaman dahulu, tarian singa digunakan untuk membuang semangat jahat manakala pada masa kini, tarian singa memainkan peranan penting semasa Tahun Baru Cina atau perayaan-perayaan penting. Oleh itu, tarian singa harus kekal diwarisi oleh generasi-generasi muda supaya semangatnya diteruskan . (Diong Kai Chin)


Budaya Tarian Singa semakin meluntur, mencabar bentuk seni persembahan, lengkap dengan postur seni mempertahankan diri, pergerakan tarian, irama perkusi dan pakaian rumit, termasuk Singa Bertuah dan "Happy Buddha". Malah dalam sebuah masyarakat majmuk, ia masih kadang-kadang sukar untuk memahami perbezaan budaya kita dalam masyarakat. Oleh itu, amat penting bagi orang ramai untuk lebih memahami Kebudayaan Cina dan faedah Tarian Singa kepada masyarakat setempat. (Ooi Mei Ying)

Pada pandangan saya, tarian cina merupakan tradisi yang diwarisi sejak zaman dahulu. Tarian singa juga merupakan simbol yang melambangkan kebudayaan cina. Oleh itu, Kita harus terus mengamalkan dan meneruskan tradisi ini.
(Janet Ling)

Langkah-langkah untuk Buat Ketua Singa





Langkah-langkah untuk Buat Ketua Singa:
1. Kepala singa telah dibuat daripada kerangka asas aluminium dan rotan berkualiti tinggi
2. Seterusnya, rangka rotan dibalut dengan kain kasa yang kukuh dan  kertas yang berkualiti.
3. Ia kem udian berwarna dengan asas warna putih sebelum warna lain digunakan.
4. Proses lakuer semburan dilakukan untuk membuat warna yang tahan air 
5. Mata dan telinga melekat pada kepala , dikelilingi dengan bulu arnab yang teliti dipangkas .Poms pom dipasang pada hidung









Thursday 18 April 2013

Potensi Masa Depan

  • Melampirkan latar belakang budaya tradisional bangsa Cina.
  •   Menggalakkan semangat keberanian,keyakinan dan berusaha tinggi.
  •  Menyemai perasaan kolektif yang sangat kuat melalui galakan dan sokongan antara  
        satu sama lain.
  • Mempunyai hubungan etnik yang rapat dan mengukuhkan perpaduan nasional.
  • Berfungsi sebagai pertukaran antarabangsa kerana keunikan tarian singa mendapat sambutan yang baik sama ada di negara ataupun luar negara.
  • Menggalakkan penglibatan orang ramai dalam sukan, sosial dan negara.
  •  Menggalakkan semangat kebangsaan. 
  • Mengukuhkan peranan persahabatan antarabangsa.
  • Memberi motivasi bersemangat perjuangan kepada rakyat.
  • Menggalakkan perkembangan pesat ekonomi dan sosial.


Tuesday 16 April 2013

Tarian Singa Selatan & Tarian Singa Utara


TARIAN SINGA SELATAN


Tarian Singa Selatan lebih membawa lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar.Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah.

Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna seperti merah, hitam dan kuning.Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai sisik serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Singa yang dipersembahkan dalam Tarian Singa Selatan,bukannya untuk menghuraikan singa yang bernar tetapi “Nian ” , seekor haiwan tradisi masyarakat Cina.Kebanyakan singa dari Amerika dan Malaysia , merupakan tarian singa berunsur Selatan. Tarian Singa Selatan secara amnya dimain oleh pelajar yang mempelajari kongfu.Oleh itu, setiap sekolah kongfu mempunyai  gaya tersendiri.



TARIAN SINGA UTARA

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja.Tetapi kini, Tarian Singa Utara bertujuan sebagai hiburan sahaja.Tarian Singa Utara tidak sama dengan Tarian Singa Selatan kerana ia digunakan untuk menghurai singa yang benar.


Oleh itu, pergerakan Tarian singa Utara adalah lebih fleksibel seperti seekor singa yang benar.Kostum singa tersebut kebanyakkan menggunakan warna merah, jingga dan kuning dan selalunya akan mengguna kepala singa yang berwarna emas. Bagi kostum singa betina, kadang kala akan mengguna kostum berwarna hijau.

Tarian Singa Utara tidak mempunyai sisik, ia mempunyai lebih banyak bulu dan mata yang lebih kecil banding dengan Tarian Singa Selatan. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik.





Sejarah Tarian Singa




Apakah ialah Tarian Singa??
- Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina di mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

- Kostum singa itu dimainkan oleh 2 orang penari iaitu seorang memainkan peranan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.

- Kedua-dua penari akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.

Sejarah Tarian Singa
- Singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi keturunan Cina.

- Tarian Singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam.

- Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.

- Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1000 tahun lalu.

- 2 Tarian Singa yang amat popular ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.



Perayaan & makna tarian singa




Berdasarkan kepercayaan kaum Cina, tarian singa bukan hanya sekadar untuk menghibur, sebaliknya dipercayai mampu membawa tuah pada masa akan datang. Ini kerana, sudah menjadi kepercayaan kepada masyarakat kaum Cina bahawa dengan mengadakan tarian singa ia dipercayai mampu membawa tuah dan rezeki kepada mereka selain ia merupakan tarian tradisional masyarakat kami.

Justeru, melalui kepercayaan tersebut, tarian singa bukan sahaja dipersembahkan ketika Tahun Baru Cina, malah turut diadakan bagi meraikan majlis perkahwinan, ulang tahun kelahiran, pembukaan perniagaan dan banyak lagi.
Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina dan hari Capgome, memang sentiasa sibuk untuk mengadakan persembahan di merata tempat.

Seni tarian singa ini juga merupakan senaman yang baik bagi fizikal, rohani dan jasmani.

Berapa orang yang diperlukan untuk tarian singa



Berapa orang yang diperlukan untuk tarian singa.

1) Dua orang penari – penari akan memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.

**Untuk perayaan yang besar, tarian singa biasanya memerlukan lebih daripada dua orang untuk memeriahkan suasana.



 Tarian singa utara
 -   Semasa persembahan, biasanya terdapat dua singa, satu betina dan satu jantan. Kadang-kala anak singa juga dimasukkan dalam persembahan.

-    Lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.


Tarian singa selatan
-  Pergerakan penari seperti kestabilan amat penting agar dapat menunjukkan gaya singa yang kuat.

-  Barang-barang seperti sayur, limau akan digunakan dalam persembahan. Penari akan menggunakan teknik-teknik yang dikuasai oleh mereka untuk menggerakkan kepala singa untuk makan sayur yang disediakan.

-  Persembahan tarian singa ‘makan sayur’ merupakan antara persembahan yang paling biasa dijumpai.



Jenis,warna dan peralatan tarian singa


1. Jenis tarian singa
-Tarian Singa Utara
-Tarian Singa Selatan

2. Warna tarian singa
-tarian singa Utara menggunakan warna merah,jingga.Warna hijau dan kuning bagi kostum singa betina.
-tarian singa Selatan menggunakan pelbagai warna.

3. Peralatan yang digunakan untuk tarian singa
- Tarian singa ini akan diiringi oleh gong ,gendang,kayu dan simbal.
- persembahan juga melibatkan seorang pemain gendang, dua atau empat orang pemain simbal dan seorang pemain gong.