Sejarah


Apakah ialah Tarian Singa??
- Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina di mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

- Kostum singa itu dimainkan oleh 2 orang penari iaitu seorang memainkan peranan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.

- Kedua-dua penari akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.

Sejarah Tarian Singa
- Singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi keturunan Cina.

- Tarian Singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam.

- Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.

- Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1000 tahun lalu.

- 2 Tarian Singa yang amat popular ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”. 


No comments:

Post a Comment